Fesyen merupakan satu seni yang berekaitan dengan pakaian atau tudung. Fesyen akan berubah mengikut arus dan adat sesuatu kawasan dan masa. Fesyen kadangkala ialah menuju untuk kecantikan. Islam tidak melarang umatnya mengenakan tudung yang pelbagai bentuk atau fesyen untuk kecantikan, ini kerana sememangnya dalam islam juga turut mementingkan kecantikan.
Dengan perkembangan arus kemodenan fersyen, remaja juga tidak terkecuali dalam mengikut trend pemakaian bertudung yang pelbagai bentuk dan cara. Ini adalah disebabkan gaya komersial yang diperagakan oleh personaliti yang kita lihat di televisyen seperti Wardina, Waheeda, Bienda dan ramai lagi.Ia juga turut memberi impak yang berkesan kepada para remaja untuk mengikutinya. Fesyen untuk bertudung tidak salah tetapi bagi kita yang menggayakannya seperti mana,ia juga tengok kepada cara pemakaian baju kita. Bertudung juga bukan sekadar mengikut fesyen semata-mata atau menutupi kepala sahaja tetapi konsep pemakaian tudung yang sebenar adalah menutupi seluruh anggota badan perempuan dari hujung rambut hingga ke paras dada. Fesyen bertudung juga banyak kita lihat melalui televisyen dimana artis-artis di Malaysia menggayakan, dari situlah sifat ingin mencuba di kalangan remaja yang dimana akan mendatangkan kecantikan.Ini kerana setiap wanita kecantikan itu penting dimana-mana sahaja.
Kita juga boleh lihat dimana kebanyakkan wanita pada masa kini lebih mementingkan fesyen dari bertudung berbanding menutup aurat di kalangan orang ramai.Sesetengah wanita yang mengayakan tudung dengan cara asal cantik sudah berasa puas hati dan cukup,tetapi dari segi penutupan aurat tidak mengambil kesah. Tudung juga didefinisikan sebagai pakaian lebar, longgar dan menutupi sebahagian besar tubuh. Sesetengah wanita mengambil remeh perkara ini dan berfikir tidak penting. Dalam masa yang sama kita juga boleh melihat masyarakat sekeliling yang mengayakan tudung mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya pada era 70-an wanita yang memakai tudung dianggap wanita kampung. Fesyen bertudung ini juga menjadi trend kepada remaja perempuan apabila keluar dari rumah atau belajar di pengajian tinggi masih mengayakan tudung mengikut ala-ala artis sekarang. Bertudung mengikut keselesaan dari segi semakin pendek tudung, kurang berasa panas dan rasa lebih selesa selain nampak cantik. Cara pemakaian juga bertukar, ada yang disingkapkan kebahu, ada yang meletakkan kerongsang di hadapan,ada yang diselempangkan tudung itu hingga menampakkan leher dan bermacam-macam lagi. Walaubagaimana pun hendak berfesyen sekali apabila memakai tudung seharusnya perlu mancapai matlamat penutupan aurat yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment