Fesyen merupakan satu seni yang berekaitan dengan pakaian atau tudung. Fesyen akan berubah mengikut arus dan adat sesuatu kawasan dan masa. Fesyen kadangkala ialah menuju untuk kecantikan. Islam tidak melarang umatnya mengenakan tudung yang pelbagai bentuk atau fesyen untuk kecantikan, ini kerana sememangnya dalam islam juga turut mementingkan kecantikan.
Dengan perkembangan arus kemodenan fersyen, remaja juga tidak terkecuali dalam mengikut trend pemakaian bertudung yang pelbagai bentuk dan cara. Ini adalah disebabkan gaya komersial yang diperagakan oleh personaliti yang kita lihat di televisyen seperti Wardina, Waheeda, Bienda dan ramai lagi.Ia juga turut memberi impak yang berkesan kepada para remaja untuk mengikutinya. Fesyen untuk bertudung tidak salah tetapi bagi kita yang menggayakannya seperti mana,ia juga tengok kepada cara pemakaian baju kita. Bertudung juga bukan sekadar mengikut fesyen semata-mata atau menutupi kepala sahaja tetapi konsep pemakaian tudung yang sebenar adalah menutupi seluruh anggota badan perempuan dari hujung rambut hingga ke paras dada. Fesyen bertudung juga banyak kita lihat melalui televisyen dimana artis-artis di Malaysia menggayakan, dari situlah sifat ingin mencuba di kalangan remaja yang dimana akan mendatangkan kecantikan.Ini kerana setiap wanita kecantikan itu penting dimana-mana sahaja.
Kita juga boleh lihat dimana kebanyakkan wanita pada masa kini lebih mementingkan fesyen dari bertudung berbanding menutup aurat di kalangan orang ramai.Sesetengah wanita yang mengayakan tudung dengan cara asal cantik sudah berasa puas hati dan cukup,tetapi dari segi penutupan aurat tidak mengambil kesah. Tudung juga didefinisikan sebagai pakaian lebar, longgar dan menutupi sebahagian besar tubuh. Sesetengah wanita mengambil remeh perkara ini dan berfikir tidak penting. Dalam masa yang sama kita juga boleh melihat masyarakat sekeliling yang mengayakan tudung mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya pada era 70-an wanita yang memakai tudung dianggap wanita kampung. Fesyen bertudung ini juga menjadi trend kepada remaja perempuan apabila keluar dari rumah atau belajar di pengajian tinggi masih mengayakan tudung mengikut ala-ala artis sekarang. Bertudung mengikut keselesaan dari segi semakin pendek tudung, kurang berasa panas dan rasa lebih selesa selain nampak cantik. Cara pemakaian juga bertukar, ada yang disingkapkan kebahu, ada yang meletakkan kerongsang di hadapan,ada yang diselempangkan tudung itu hingga menampakkan leher dan bermacam-macam lagi. Walaubagaimana pun hendak berfesyen sekali apabila memakai tudung seharusnya perlu mancapai matlamat penutupan aurat yang telah ditetapkan.
Wednesday, 29 November 2017
Sebab Berlakunya Poligami
Cukup bagus untuk dibaca oleh kaum isteri semua, sekurang-kurangnya kita menjadi isteri yang berilmu dan berpengetahuan luas.
Poligami ialah dimana seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ramai perempuan menjadikan poligami satu isu yang sensetif kerana mereka tidak suka dengan pengkongsian suami. kepada para isteri diluarsana sekiranya anda menolak poligami itu sama dengan anda menolak sunnah nabi.
Seperti saya, saya seorang wanita dan saya tahu apa perasaan anda apabila hendak dimadukan tetapi kita tidak perlu risau kerana seperti yang saya katakan bahawa poligami atau dimadukan ialah salah satu sunnah Nabi S.A.W. Apa yang penting ialah apa yang kita buat kerana Allah S.W.T dan apabila kita mengikut sunnanya maka kita akan dapat kebahagiannya. Hari ini kita akan membincangkan tentang sebab-sebab berlakunya poligami.
Antara sebab berlakunya poligami yang famous :
1) Taraf hidup meningkat
Pada pendapat saya sendiri kos taraf semakin hari semakin meningkat dan ini menyebabkan timbulnya isu poligami. Dari segi pangandan negetif memeng semua masyarakat akan melihat
serong dan berfikiran negatif. tapi dari segi positif poligami dapat mengurangkan kos taraf hidup pasangan suami isteri dan dapat mengurangkan kos ibu-ibu tunggal.
2) Inginkan Zuriat
Mereka yang poligami mempunyai sebab yang tersendiri.Antara yang dekat dengan saya ialah saya tidak dapat memberikan zuriat kepada suami saya. Semua tahu bahawa zuriat ialah aset yang dapat melahirkan sebuah keluarga bahagia dan saya inginkan sebuah keluarga yang bahagia.Saya telah menerima kententuan ilahai dengan saya mengizinkan suami saya untuk berkahwin lagi. Ini cukup berat buat saya namun seperti yang saya katakan, saya iginkan sebuah keluarga yang bahagia.
3) Sunnah Nabi S.A.W
Kita sayangkan Nabi kita tetapi persoalannya disini kenapa kita perlu menolak sunnahnya. Poligami ialah salah satu sunnah Nabi S.A.W .Poligami juga salah satu ibadah yang menghasilkan pahala untuk suami isteri yang mana menyebabkan keberkatan dunia dan akhirat.Takkan lah kita taknak pahala betul atau tidak?
4) Poligami memberi peluang kepada lelaki
Poligami memberi peluang kepada kaum lelaki yang layak untuk berpoligami membuktikan ketahapan mereka dalam memikul tanggungjawab yang berat dengan cara baik dan diterima oleh semua isteri.
5) Mengurangkan beban seorang isteri.
Poligami mampu membebankan beban seorang isteri untuk mengurangkan tanggungjawab dalam memenuhi hak-hak suami kerana hak-hak tersebut telah dikongsi dengan isteri yang lain.
6) Mengelakkan berlaku penzinaan
Poligami mampu menjauhkan lelaki dari melakukan maksiat kerana sebahagian lelaki mempunyai nafsu seks yang kuat yang tidak cukup dengan seorang isteri ataupun yang tidak boleh mengawal nafsu.
Poligami mampu menjauhkan lelaki dari melakukan maksiat kerana sebahagian lelaki mempunyai nafsu seks yang kuat yang tidak cukup dengan seorang isteri ataupun yang tidak boleh mengawal nafsu.
7) Membela nasib wanita
Poligami mampu membela nasib ramai perempuan seperti miskin, janda, analusia iaitu anak dara lanjut usia dan seumpamanya. Kebiasaannya perkara ini jarang berlaku dan hanya lelaki yang memiliki kewangan yang stabil sahaja yang dapat melakukan hal ini.
Poligami mampu membela nasib ramai perempuan seperti miskin, janda, analusia iaitu anak dara lanjut usia dan seumpamanya. Kebiasaannya perkara ini jarang berlaku dan hanya lelaki yang memiliki kewangan yang stabil sahaja yang dapat melakukan hal ini.
8) Jodoh
Kita tidak tahu siapa, bila, berapa jodoh kita kerana ianya rahsia Allah S.W.T. Kita juga sepatutnya terima dengan hati yang ikhlas kerana kita akan mendapat manfaat dariNya.
Kita tidak tahu siapa, bila, berapa jodoh kita kerana ianya rahsia Allah S.W.T. Kita juga sepatutnya terima dengan hati yang ikhlas kerana kita akan mendapat manfaat dariNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)